Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search

Wednesday 4 May 2011

GERAK KERJA FTG PUSAT ISLAM UUM...

                 Pasukan ini beroperasi secara formal dan tidak formal di bawah kelolaan PUSAT ISLAM UUM.Kami mengamalkan konsep kepimpinan yang berbeza lain dari yang lain .Pasukan ini tidak mempunyai Pemimpin utama mahupun individu yang mengawal selia secara formal. Sebaliknya pasukan ini diuruskan oleh setiap ahli yang menganggotainya yang begitu berpegang teguh kepada KONSEP KEKELUARGAAN YANG BERKUALITI .


                Terdapat juga individu yang bertindak seperti dia adalah CEO kehormat bagi pasukan ini ,yang mana sering bertindak proaktif mendahului yang lain seolah-olah mahu merampas status" CHIP OF CLUB" .Bagi kami , ini bukanlah seperti yang dibayangkan tetapi lebih kepada menjalankan TANGGUNGJAWAB kepada KELUARGA yang wujud demi kesejahteraan BERSAMA .Bagi kami , apa yang berlaku ini boleh diibaratkan sebagai perkara biasa yang lazimnya wujud dalam aspek kekeluargaan.Sebuah keluarga yang bahagia mempunyai ahli-ahlinya yang begitu baik dan mampu  memberikan komitmen yang terbaik .IBU DAN BAPA wajib memainkan peranan dalam menerajui sebuah keluarga dan tidak menjadi masalah seandainya ALONG ,ANGAH ,ACIK ATAU ACU membantu dalam menerajui perjalanan kehidupan keluarga tersebut(Inilah yang dikatakan keluarga yang berkualiti).
 Pasukan ini sememangnya dari dulu , sekarang dan diharapkan akan berterusan dengan konsep kekeluargaan ini.Bukan niat kami untuk mengetepikan Teori-teori Kepimpinan sedia ada tetapi cara pengurusan sebegini amat memudahkan kami .
 Ahli pasukan ini telah dibekalkan dengan ilmu pengurusan yang terbaik yang telah dilatih sendiri oleh penyelaras formal dan tidak formal @AHLI  MESYUARAT TINGKAP .Selain itu ,ilmu  turut kami perolehi daripada pengalaman menguruskan program yang telah diadakan oleh kami mahupun program telah diserahkan kepada kami bagi menjayakannya maklumlah orang cakap"Pengalaman merupakan guru yang terbaik dalam kehidupan".       
Gerak kerja yang begitu PROAKTIF BUKANLAH  melambangkan pasukan ini sebagai “skuad berani mati” tetapi lebih kepada “skuad berani tanggung” .Cuma ada satu ketika  pasukan ini telah digelarkan sebagai “skuad berani mati” oleh penyelaras tidak formal kami, apabila begitu terburu-buru dalam memutuskan sesuatu keputusan. Akhirnya keputusan dibuat membawa kepada kemudaratan terhadap pasukan ini .Tapi kami tak kisah kerana ini merupakan pengalaman yang terbaik buat pasukan ini .
       Ahli pasukan ini juga merupakan perwira dan perwirawati yang mampu memberikan komitmen yang tinggi apabila perkhidmatannya diperlukan .Kesanggupan yang tidak terhingga dalam mengorbankan masa, duit, jiwa dan raga dalam membantu setiap insan yang memerlukan wujud dalam diri setiap ahli yang terlatih .Pasukan ini juga berpegang kuat kepada Konsep Senang Dan Menyenangi antara satu sama lain .Hal ini telah mengukuhkan lagi ikatan antara kami .
                Aktiviti yang dilaksanakan juga sentiasa mendapat perhatian daripada OTAI-OTAI KAMI(WARGA EMAS FTG).Ini merupakan satu penghargaan kepada pasukan ini kerana sentiasa mendapat sokongan yang TERRRRBAAAIIIIK daripada warga emas ini.TINGKAYU SESANGAT...

                *Bak kata ustaz Art- KENA ada komitmen*