Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search

Friday 12 August 2011

PROGRAM SEHARI MOTIVASI PELAJAR


Program ini merupakan salah satu program yang telah dirancang oleh Kelab Rukun Tetangga  Setia Bersatu bersama Kelab facilitator Training Group yang berlangsung selama sehari bertempat di Surau Al-Qausar Taman Desa Barat Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam mendeadahkan halatuju di masa akan datang. 



Program ini bertujuan membina keyakinan diri setiap peserta yang mengikuti program.





Memberi sokongan dan dorongan kepada peserta supaya mempunyai cita-cita dan matlamat untuk berjaya.





Para pelajar juga di beri ujian personaliti bagi mengenalpasti kebolehan pelajar. selain itu para pelajar diserapkan semangat berpasukan dan setiakawan sebagai ukhwah diantara pelajar.





Program seperti ini dapat membentuk mentaliti pelajar kelas pertama. Selain itu, program ini juga adalah untuk meningkatkan sahsiah diri pelajar supaya dapat menyeimbangkan kejayaan dunia dan akhirat.





Jutaan taniah dan terima kasih kepada Fasilitator kerana menjayakan program ini.

Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi tuan menjadi kenangan
Buah selasih buah kelubi
di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.

KURSUS IMAM MUDA SMK TANJUNG PAUH.


Kursus yang dirancang ini merupakan program  tahunan yang sering dilaksanakan oleh kelab Facilitator and Traning Group (FTG). Tujuan kursus ini dijalankan untuk memberi pendedahan  kepada pelajar bertujuan bagi menyemai budaya islam dalam diri setiap pelajar dan . Kursus yang diberikan berbentuk pendekatan kerohanian dari sudut memberi kesedaran emosi dan spiritual agar dapat memupuk keyakinan diri dan seterusnya menjadi insan cemerlang dalam mengharungi cabaran-cabaran dalam kehidupan. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Islam dibawah kelab Facilitator and Training Group (FTG), Universiti Utara Malaysia. Kursus ini juga  dijalankan bertujuan melahirkan imam-imam muda dikalangan pelajar serta membentuk akhlak-akhlak yang mulia.

GAMBAR- GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI.







Ceramah yang disampaikai oleh 
Ustaz Yusnaidi bin M.D Sabri berkenaan akhlak dalam islam.






 Pelajar-pelajar khusyuk mendengar ceramah mengenai rukun-rukun dalam solat yang di sampaikan sendiri oleh pegawai Pusat Islam Universiti Utara Malaysia.







Pelajar-pelajar didedahkan cara bersolat. 







selepas pelajar-pelajar didedahkan dengan teori, kini praktikal pula bagi mengenal pasti kelemahan-kelemahan pelajar. Ia dilakukan secara kumpulan kecil yang dibantu oleh fasi-fasi.




 selepas selesai praktikal pelajar diajar bacaan ayat lazim yang dilakukan secara kumpulan kecil yang dibantu oleh fasi-fasi yang terlatih.



Kenangan Fasilitator-fasilitator dan wakil dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru 
SMK TANJUNG PAUH 

PROGRAM IMPIAN KU KE MENARA GADING




Program “Kem Impian Ku Ke Menara Gading” merupakan sebuah program yang diadakan bagi memberi pendedahan awal  kepada  pelajar-pelajar untuk menanam cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Menara Gading. Selain itu penerapan nilai kerohanian diberikan kepada pelajar bagi membentuk insan yang mempunyai akhlak yang baik disamping kejayaan dalam bidang akademik. 

 Ketibaan para pelajar yang bersemangat untuk menyertai kursus ini.

 Para pelajar kusyuk mendengar taklimat dari fasilitator kehidupan di Universiti.


Ukhwah yang terbina diantara pelajar.


Pelajar-pelajar diberi peluang merasai  bermain di stadium terbuka Universiti Utara Malaysia.

KEM PENGHAYATAN RAMADHAN







Tujuan program ini di jalannkan adalah untuk memupuk dan menanamkan cinta akan bulan Ramadhan yang mulia yang tiada pada bulan-bulan yang lain. Oleh itu para pelajar berpeluang menghayati ruang yang ada dalam bulan Ramadhan dengan beribadat kepada ALLAH, bersedekah, sentiasa berdoa dan melakukan perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri kita sebagai hamba kepada ALLAH S.W.T.
 
 
TENTATIF PROGRAM

BAGI YANG MINAT BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN DIATAS




Wednesday 4 May 2011

GERAK KERJA FTG PUSAT ISLAM UUM...

                 Pasukan ini beroperasi secara formal dan tidak formal di bawah kelolaan PUSAT ISLAM UUM.Kami mengamalkan konsep kepimpinan yang berbeza lain dari yang lain .Pasukan ini tidak mempunyai Pemimpin utama mahupun individu yang mengawal selia secara formal. Sebaliknya pasukan ini diuruskan oleh setiap ahli yang menganggotainya yang begitu berpegang teguh kepada KONSEP KEKELUARGAAN YANG BERKUALITI .


                Terdapat juga individu yang bertindak seperti dia adalah CEO kehormat bagi pasukan ini ,yang mana sering bertindak proaktif mendahului yang lain seolah-olah mahu merampas status" CHIP OF CLUB" .Bagi kami , ini bukanlah seperti yang dibayangkan tetapi lebih kepada menjalankan TANGGUNGJAWAB kepada KELUARGA yang wujud demi kesejahteraan BERSAMA .Bagi kami , apa yang berlaku ini boleh diibaratkan sebagai perkara biasa yang lazimnya wujud dalam aspek kekeluargaan.Sebuah keluarga yang bahagia mempunyai ahli-ahlinya yang begitu baik dan mampu  memberikan komitmen yang terbaik .IBU DAN BAPA wajib memainkan peranan dalam menerajui sebuah keluarga dan tidak menjadi masalah seandainya ALONG ,ANGAH ,ACIK ATAU ACU membantu dalam menerajui perjalanan kehidupan keluarga tersebut(Inilah yang dikatakan keluarga yang berkualiti).
 Pasukan ini sememangnya dari dulu , sekarang dan diharapkan akan berterusan dengan konsep kekeluargaan ini.Bukan niat kami untuk mengetepikan Teori-teori Kepimpinan sedia ada tetapi cara pengurusan sebegini amat memudahkan kami .
 Ahli pasukan ini telah dibekalkan dengan ilmu pengurusan yang terbaik yang telah dilatih sendiri oleh penyelaras formal dan tidak formal @AHLI  MESYUARAT TINGKAP .Selain itu ,ilmu  turut kami perolehi daripada pengalaman menguruskan program yang telah diadakan oleh kami mahupun program telah diserahkan kepada kami bagi menjayakannya maklumlah orang cakap"Pengalaman merupakan guru yang terbaik dalam kehidupan".       
Gerak kerja yang begitu PROAKTIF BUKANLAH  melambangkan pasukan ini sebagai “skuad berani mati” tetapi lebih kepada “skuad berani tanggung” .Cuma ada satu ketika  pasukan ini telah digelarkan sebagai “skuad berani mati” oleh penyelaras tidak formal kami, apabila begitu terburu-buru dalam memutuskan sesuatu keputusan. Akhirnya keputusan dibuat membawa kepada kemudaratan terhadap pasukan ini .Tapi kami tak kisah kerana ini merupakan pengalaman yang terbaik buat pasukan ini .
       Ahli pasukan ini juga merupakan perwira dan perwirawati yang mampu memberikan komitmen yang tinggi apabila perkhidmatannya diperlukan .Kesanggupan yang tidak terhingga dalam mengorbankan masa, duit, jiwa dan raga dalam membantu setiap insan yang memerlukan wujud dalam diri setiap ahli yang terlatih .Pasukan ini juga berpegang kuat kepada Konsep Senang Dan Menyenangi antara satu sama lain .Hal ini telah mengukuhkan lagi ikatan antara kami .
                Aktiviti yang dilaksanakan juga sentiasa mendapat perhatian daripada OTAI-OTAI KAMI(WARGA EMAS FTG).Ini merupakan satu penghargaan kepada pasukan ini kerana sentiasa mendapat sokongan yang TERRRRBAAAIIIIK daripada warga emas ini.TINGKAYU SESANGAT...

                *Bak kata ustaz Art- KENA ada komitmen*

Tuesday 19 April 2011

SEJARAH PENUBUHAN FASILITATOR TRAINING GROUP

Fasilitator Training Group (FTG) di tubuhkan pada 26 November 2006 dengan kekuatan anggota seramai 21 orang ahli. FTG diasaskan oleh Ustaz Ahmad Yusnaidi Bin Md Sabri. Pada awal penubuhannya, persatuan ini dikenali sebagai Fasilitator Sukarelawan Pusat Islam. Pada tahun 18 januari 2009 kelab ini dikenali sebagai Facilitator & Training Club. Setelah penstrukturan semula kelab ini telah menjadi konsultan motivasi dan dikenali sebagai Facilitator & Training Group (FTG). Persatuan adalah salah sebuah kelab yang bergerak aktif dibawah Pusat Islam Unversiti Utara Malaysia.