Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search

Friday 12 August 2011

PROGRAM SEHARI MOTIVASI PELAJAR


Program ini merupakan salah satu program yang telah dirancang oleh Kelab Rukun Tetangga  Setia Bersatu bersama Kelab facilitator Training Group yang berlangsung selama sehari bertempat di Surau Al-Qausar Taman Desa Barat Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam mendeadahkan halatuju di masa akan datang. 



Program ini bertujuan membina keyakinan diri setiap peserta yang mengikuti program.





Memberi sokongan dan dorongan kepada peserta supaya mempunyai cita-cita dan matlamat untuk berjaya.





Para pelajar juga di beri ujian personaliti bagi mengenalpasti kebolehan pelajar. selain itu para pelajar diserapkan semangat berpasukan dan setiakawan sebagai ukhwah diantara pelajar.





Program seperti ini dapat membentuk mentaliti pelajar kelas pertama. Selain itu, program ini juga adalah untuk meningkatkan sahsiah diri pelajar supaya dapat menyeimbangkan kejayaan dunia dan akhirat.





Jutaan taniah dan terima kasih kepada Fasilitator kerana menjayakan program ini.

Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi tuan menjadi kenangan
Buah selasih buah kelubi
di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.

No comments:

Post a Comment